29 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak




Tiba sudah bulan yang ditunggu-tunggu, diimpi-impi oleh kita semua. 'Ramadhan Kareem, ALLAHu Akram'. Semoga kita memanfaatkan bulan yang istimewa ini dengan amal-amal kebaikan seperti solat sunat, bersedekah, puasa dan sebagainya. Jadilah orang-orang yang beruntung di bulan Ramadhan ini.

15 August 2009

ALBUM : Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2009


Perasmian oleh Pengerusi PIBG SMU(A) Al-Kauthar, Hj Mohd Tamrin.

Peperiksaan Percubaan

Untuk makluman, pelajar-pelajar tingkatan 2,3, dan 4 akan menghadapi peperiksaan percubaan pada pertengahan bulan Ogos. Tarikh peperiksaan percubaan adalah seperti berikut :
PMRU - 10 Ogos 2009
PMR - 12 Ogos 2009
SMU - 10 Ogos 2009

Pihak sekolah berharap mereka dapat menghadapi peperiksaan dalam keadaan sempurna dan akan menghasilkan kejayaan yang memberangsangkan tetapi dalam masa yang sama pencapaian tahfiz mereka tidak susut. Itu sebenarnya harapan pihak sekolah.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2009

Seiring dengan kejayaan sekolah menduduki tempat kesebelas dari segi kecemerlangan akademik, pihak sekolah telah mengambil langkah bijak dengan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2009 pada 2 Ogos 2009 di Permai Beach Resort, Bachok sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan percubaan PMR yang akan bermula pada 12 Ogos 2009. Program ini dihadiri oleh 50 daripada 59 pelajar tingkatan 3. Program dirasmikan oleh pengerusi PIBG SMU (A) Al-Kauthar, Hj Mohd Tamrin. Para peserta telah berkampung di sana selama 4 hari 3 malam.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-1

Pada hari Khamis bersamaan 25 Jun 2009, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMU (A) Al-kauthar telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMU (A) Al-Kauthar buat julung-julung kalinya pada tahun 2009. Program ini dilangsungkan di Dewan Utama SMU (A) Al-Kauthar.

Majlis membuka tirai pada pukul 2.00 petang. Hj Mohd Tamrin telah dipilh menjadi pengerusi persatuan tersebut. Beliau berharap selepas ini program-program yang bermanfaat dan pendedahan untuk para pelajar diteruskan lagi. Beliau bersedia untuk menghulurkan sumbangan. Keputusan Peperiksaan pertengahan tahun juga disentuh. Setelah lebih kurang 2 jam berlalu majlis ditutup dan hadirih dijemput untuk solat asar di Masjid Al-Kauthar.
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"