28 January 2011

Sejukkan Diri Dengan Wudhu'

"Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik."

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi.

02 May 2010

KEM KEPIMIPINAN PELAJAR 2010

30 APRIL, JUMAAT : Seramai 38 orang pelajar yang terpilih telah menyertai KEM KEPIMPINAN PELAJAR 2010 yang dianjurkan pihak sekolah.Hutan Lipur Lata Belatan telah dijadikan sebagai lokasi kem ini. Berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada hari selasa 27 april dan berakhir pada jumaat 30 april 2010. Kem ini dikomanderkan oleh UST AL HADI yang juga salah satu tenaga guru tahfiz di AL KAUTHAR.. Disini para peserta telah disajikan dengan 80 % aktiviti outdoor dan selebihnya indoor..

Program bermula dengan acara mendirikan khemah.

'Saling membantu amalan mulia'

Para peserta bergambar sebelum pulang

17 March 2010

TAZKIRAH : Kiamat Mendekati Kita


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;


“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.



Alangkah pedihnya azab api neraka



BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

22 February 2010

ALBUM : Kem Jati Diri Pelajar 09



Berlangsunya kem memantapkan jati diri pelajar
AL-KAUTHAR pada 6 novemnber 2009...Selama 24 jam pelajar dilatih dengan menjalani aktiviti lasak dan mencabar...
telah diharungi oleh para peserta..

ALBUM : Awal Tahun





Sukarelawan sedang bertungkus lumus membuat persediaan
untuk sesi persekolahan bagi pelajar baru sesi 2010...

29 December 2009

Pendaftaran & Kemasukan 2010

Keputusan kemasukan anak tuan / puan boleh disemak di pejabat SMU (A) Al-Kauthar.
Anak tuan / puan yang sudah layak diminta melaporkan diri di sekolah kami pada :

Tarikh : 2 Januari 2010
Hari : Sabtu
Pukul : 9.00 pagi

Sila maklumkan juga kepada pihak kami sekiranya tuan / puan telah membuat pertukaran anak (Ting 2 - Ting 4) ke sekolah lain. Ini untuk memudahkan urusan pihak kami.

07 November 2009

Peperiksaan SMU

Sudah 2 hari peperiksaan SMU berjalan.Walaupun Keadaan sekolah yang kurang memuaskan, Pelajar perlu menghadapi dengan tenang.. Semua guru mengharapkan keputusan yang terbaik untuk semua pelajar.. Unit Kurikulum mengucapkan selamat mengharungi peperiksaan dengan penuh semangat,Doa dan tawakkal amat diperlukan pada saat-saat begini.

Sumber : http://alkauthar-kurikulum.blogspot.com/

Debaran PMRU bermula !



Hari ini merupakan hari pertama bermulanya peperiksaan PMRU.. Tiada apa yang pihak kurikulum harapkan kecuali kejayaan untuk semua pelajar.Pihak kurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PMRU.Terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus lumus dalam memastikan pelajar mendapat tunjuk ajar yang sepenuhnya..

Sumber : http://alkauthar-kurikulum.blogspot.com/

16 October 2009

Selamat Berjuang !!!




Tepat detik 7 Oktober 2009, maka bermulalah perjuangan bagi pelajar-pelajar SMU(A) Al-Kauthar 2009.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah berlangsung dari 7 - 13 Oktober 2009. Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) pula mengambil alih dewan peperiksaan bermula 14 Oktober 2009 (kelmarin). Seterusnya, calon Sijil Menengah Ugama (SMU) pula akan berdepan kertas soalan yang mencabar. Berbagai usaha telah direncana, aneka latihan telah diselesaikan, beribu kemaafan telah dipinta, Ilmu-ilmu telah minta direstukan, InsyaALLAH peperiksaan akan diduduki dengan tenang. Di mana ada kemahuan, Di situ ada A 'one'. Man Jadda Wa Jada. Semoga pelajar-pelajar sekalian akan menempuhi ujian dalam pengajian ini dengan jayanya.
Diharapkan usaha para pelajar akan membuahkan hasil seterusnya menaikkan nama sekolah.

'USAHA TANGGA KEJAYAAN'



oleh Unit Media SMU(A) Al-Kauthar.

29 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak




Tiba sudah bulan yang ditunggu-tunggu, diimpi-impi oleh kita semua. 'Ramadhan Kareem, ALLAHu Akram'. Semoga kita memanfaatkan bulan yang istimewa ini dengan amal-amal kebaikan seperti solat sunat, bersedekah, puasa dan sebagainya. Jadilah orang-orang yang beruntung di bulan Ramadhan ini.

15 August 2009

ALBUM : Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2009


Perasmian oleh Pengerusi PIBG SMU(A) Al-Kauthar, Hj Mohd Tamrin.

Peperiksaan Percubaan

Untuk makluman, pelajar-pelajar tingkatan 2,3, dan 4 akan menghadapi peperiksaan percubaan pada pertengahan bulan Ogos. Tarikh peperiksaan percubaan adalah seperti berikut :
PMRU - 10 Ogos 2009
PMR - 12 Ogos 2009
SMU - 10 Ogos 2009

Pihak sekolah berharap mereka dapat menghadapi peperiksaan dalam keadaan sempurna dan akan menghasilkan kejayaan yang memberangsangkan tetapi dalam masa yang sama pencapaian tahfiz mereka tidak susut. Itu sebenarnya harapan pihak sekolah.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2009

Seiring dengan kejayaan sekolah menduduki tempat kesebelas dari segi kecemerlangan akademik, pihak sekolah telah mengambil langkah bijak dengan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2009 pada 2 Ogos 2009 di Permai Beach Resort, Bachok sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan percubaan PMR yang akan bermula pada 12 Ogos 2009. Program ini dihadiri oleh 50 daripada 59 pelajar tingkatan 3. Program dirasmikan oleh pengerusi PIBG SMU (A) Al-Kauthar, Hj Mohd Tamrin. Para peserta telah berkampung di sana selama 4 hari 3 malam.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-1

Pada hari Khamis bersamaan 25 Jun 2009, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMU (A) Al-kauthar telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMU (A) Al-Kauthar buat julung-julung kalinya pada tahun 2009. Program ini dilangsungkan di Dewan Utama SMU (A) Al-Kauthar.

Majlis membuka tirai pada pukul 2.00 petang. Hj Mohd Tamrin telah dipilh menjadi pengerusi persatuan tersebut. Beliau berharap selepas ini program-program yang bermanfaat dan pendedahan untuk para pelajar diteruskan lagi. Beliau bersedia untuk menghulurkan sumbangan. Keputusan Peperiksaan pertengahan tahun juga disentuh. Setelah lebih kurang 2 jam berlalu majlis ditutup dan hadirih dijemput untuk solat asar di Masjid Al-Kauthar.
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"