Sejarah



Sejarah Awal

SMU (A) Diniah mula ditubuhkan pada tahun 1963. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nilam Puri, Kota Bharu. Terletak di tengah-tengah antara daerah Kota Bahru, Pasir Puteh dan Bachok menjadikannya cukup strategik untuk ditempatkan sebuah sekolah.

Pada tahun 2006, Pengetua, Ustaz Othman bin Muhammad telah memohon dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK) agar dijadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi tahfiz-akademik. Dengan kuasa Allah, permohonan tersebut telah dipersetujui oleh pihak Yayasan. Seiring dengan itu, nama sekolah juga ditukar dari SMU (A) Diniah kepada SMU (A) Al-Kauthar Aliran Tahfiz.

Segalanya bermula pada tahun 2007. Bermula tahun tersebut semua pelajar SMU (A) Al-Kauthar telah diwajibkan menghafal Al-Quran mengikut silibus yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, proses kemasukan juga bertukar. Pihak sekolah hanya akan menerima pelajar yang mampu membaca Al-Quran dengan lancar. Selain itu, para calon juga diuji dengan ujian hafazan. Mana-mana calon yang melepasi proses ini akan diterima masuk ke sekolah.

Kemudian pada tahun 2008, SMU (A) Al-Kauthar telah terpilih antara 20 buah sekolah yang akan menerima bantuan dari Kerajaan Pusat melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh YAB Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri besar bagi kerajaan negeri Kelantan. Maka, nama sekolah sekali lagi bertukar kepada SMU (A) Al-Kauthar (SABK).

Kecemerlangan

Tahun 2008 telah mula mengukir lembaran sejarah kecemerlangan sekolah apabila calon PMRU pada tahun itu, Muhammad Sobri bin Che Abdul Malik berjaya memperoleh 10 A dalam Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU). Tahun tersebut telah mencatatkan kejayaan sekolah menerbitkan modal insan contoh. Beliau bukan sahaja berjaya dari sudut akademik, malah dari segi hafazan Al-Quran beliau merupakan pelajar terbaik.

Kemajuan Prasarana

Pada tahun 2009, SMU (A) Al-Kauthar menempa sejarah dengan pembinaan dua blok asrama 3 tingkat dan sebuah bangunan dewan makan. Bantuan ini disalurkan setelah wakil dari Kerajaan Pusat telah melawat dan melihat perkembangan prasarana sekolah.

'MEMBINA GENERASI AL-QURAN'

'BERTANI SATU IBADAH'
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"